Khusus untuk anda yang sedang tercari-cari telefon pintar yang mesra bajet, anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut penawaran terbaru Xiaomi Malaysia. Pada harga RM549, Xiaomi Redmi Note 5A menawarkan spesifikasi yang sangat berbaloi dengan harganya.

Oleh kerana harganya yang tidak berapa tinggi, maka spesifikasinya pun tidaklah tinggi sangat. Tapi kira OK jugaklah jika dibandingkan dengan telefon-telefon pintar lain dalam lingkungan harga RM500 ni.

Redmi Note 5A menampilkan paparan 5.5-inci 720p, chipset Qualcomm Snapdragon 425 disertakan dengan RAM 2GB, storan dalaman 16GB berserta slot mikroSD, dan tidak ketinggalan bateri 3,080mAh.

Untuk kameranya pula, telefon pintar Xiaomi ini menyediakan kamera belakang 13MP lengkap dengan fokus auto pengesan fasa dan kamera hadapan, 5MP. Untuk luarannya pula, telefon pintar ini didatangkan dengan kerangka logam, memberikan lebih kekemasan terhadap rupa parasnya.

Buat masa ini, Redmi Note 5A boleh dipra-tempah dari DirectD dengan setiap pra-tempahan bakal menerima power bank Xiaomi 10,000 mAh bernilai RM85. Selain itu, telefon pintar Xiaomi terbaru ini akan hadir secara rasminya di Lazada bermula 11 Oktober ini.

Xiaomi Redmi Note 5A dijual dengan harga RM549 dan pra-tempahan dibuka sekarang di DirectD

Tinggalkan komentar