Xiaomi telah mengumumkan sebuah peranti Redmi baharu menjelang akhir minggu ini. Setakat ini tidak dinyatakan apakah model telefon pintar yang akan diperkenalkan ke pasaran tempatan kelak.
Terdapat kemungkinan bahawa dua model yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu Redmi 12 dan Redmi 12 5G. Redmi 12 telah diperkenalkan di Thailand pada bulan lalu dan ia merupakan kesinambungan dari Redmi 10.
Telefon pintar berkenaan telah pun menerima persijilan dari SIRIM tidak lama selepas pelancarannya dan tidak mustahil jika ia akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.
Redmi 12 menampilkan skrin paparan LCD 6.79-inci 1080p 90Hz dan mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP53. Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G88 dan untuk fotografinya pula ia menawarkan satu kamera utama 50MP, satu kamera ultra-lebar 8MP dan satu kamera makro 2MP.













