Xiaomi telah mengumumkan pelancaran siri tablet baharunya Xiaomi Pad 8 bagi pasaran global dan Malaysia. Hadir dalam dua varian iaitu model asas dan model Pro, siri peranti ini ditawarkan pada harga bermula dari RM1,699.
Siri Xiaomi Pad 8 menampilkan faktor bentuk dan saiz skrin yang sama untuk kedua-dua varian. Perbezaannya hanya pada komponen dalaman seperti cipset pemprosesan, kapasiti pengecasan dan tetapan kamera.
Menurut Xiaomi, siri tablet ini direka dengan “kemampuan produktiviti bertahap komputer peribadi (PC)”. Keupayaan ini boleh dioptimumkan apabila digunakan bersama-sama aksesori produktiviti tambahan seperti Keyboard, Focus Keyboard, serta pena stylus Focus Pen Pro.
Spesifikasi siri Xiaomi Pad 8
| Spesifikasi | Xiaomi Pad 8 | Xiaomi Pad 8 Pro |
|---|---|---|
| Paparan | Skrin 11.2 inci 3.2K (3,200 x 2,136) | Skrin 11.2 inci 3.2K (3,200 x 2,136) |
| Kadar Segar Semula & Kecerahan | 144Hz, sehingga 800 nits | 144Hz, sehingga 800 nits |
| Cip Pemprosesan (SoC) | Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 | Qualcomm Snapdragon 8 Elite |
| Memori & Storan |
|
|
| Kamera Belakang | 13MP | 50MP |
| Kamera Hadapan | 8MP | 32MP |
| Kapasiti Bateri | 9,200 mAh | 9,200 mAh |
| Kelajuan Pengecasan | 45W | 67W |
| Sistem Operasi | HyperOS 3 (Berasaskan Android 16) | HyperOS 3 (Berasaskan Android 16) |
| Harga |
|
|
Di Malaysia, model asas Xiaomi Pad 8 berharga RM1,699 untuk konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala konfigurasi 8GB + 256GB pula berharga RM1,999.
Untuk Xiaomi Pad 8 Pro, harga di kedai fizikal hanya melibatkan varian 12GB + 512GB pada harga RM2,999. Manakala konfigurasi 8GB + 256GB yang berharga RM2,699 disenaraikan eksklusif melalui saluran dalam talian.
Anda yang membuat pembelian sebelum 31 Mac layak menerima bonus awal (early bird) yang merangkumi pena stylus Focus Pen Pro dan langganan YouTube Premium selama tiga bulan.













