Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan komputer desktop pertamanya Xiaomi Mini PC. Sebagaimana maklumat yang tertiris lebih awal berkenaan PC desktop ini, rekaannya mirip dengan Apple Mac mini selain turut menawarkan perkakasan yang mampu mencakupi kegunaan harian.

Sungguhpun imej-imej yang tertiris sebelum ini kelihatan sama seperti produk yang dilancarkan, perkakasannya pula tidak begitu serupa. Menurut spesifikasi rasminya, Xiaomi Mini PC hadir dengan satu konfigurasi sahaja, iaitu:

  • Intel Core i5-1240P Generasi Ke-12
  • Intel Iris Xe Graphics
  • RAM DDR4 16 GB 3200 MHz
  • SSD PCIe 4.0 NVMe 512 GB
  • Output kuasa 100W

xiaomi-mini-pc-1Dibina dari aloi aluminium yang berukuran 112 x 112 x 38 mm dan seberat 437gram termasuk perkakasan di dalamnya. Pada bahagian belakangnya disediakan dua port HDMI 2.1, satu port 2.5G, satu port USB 3.0 Gen 2 dan satu port USB 2.0. Di hadapannya pula terdapat dua port USB 3.0 Gen 2 dan bicu audio 3.5mm.

Selain itu, Xiaomi Mini PC hadir dengan sokongan sambungan nirwayar melalui Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.3. Untuk perisiannya pula, komputer desktop ini didatangkan dengan Windows 11 Home.xiaomi-mini-pc-price-3

Xiaomi Mini PC dilaporkan akan dijual pada harga CNY 3,999 (~RM 2,533) di China dan setakat ini tidak diketahui sama ada ia akan dijual ke pasaran global kelak.

Tinggalkan komentar