Xiaomi mengumumkan akan melancarkan beberapa produk baharunya dalam bulan ini. Pada 20 Mei ini, selain melancarkan siri telefon pintar Mi dan Redmi baharu, Xiaomi turut melancarkan Smart TV 4K baharu iaitu Mi TV Q1 75-inci dan Mi TV P1 55-inci.
Diumumkan pertama kalinya pada Februari tahun lalu, televisyen pintar 4K ini telah menerima pengesahan SIRIM pada 21 April lalu.
Dari segi spesifikasi, Mi TV Q1 menggunakan panel QLED 75-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Serta dikuasakan oleh cipset MediaTek MT9611 SoC dengan RAM 2GB.
TV ini juga didatangkan dengan dua port HDMI 2.0, satu port HDMI 2.1 eARC, satu port LAN, input AV dan bicu audio 3.5mm,]. Untuk sambungan nirwayar, Bluetooth 5.0 dan juga Wi-Fi turut disediakan.
Manakala untuk Mi TV P1 pula, menawarkan paparan 4K UHD 55-inci nirbingkai dengan kadar penyegaran semula 60Hz. TV ini juga menyokong Dolby Vision dan HDR10+ dengan kejituan warna DCI-P3 94%.
Mi TV P1 menggunakan cipset MediaTek MT9611 dan juga mempunyai dwi-pembesar suara 10W bagi memberikan lebih kepuasan audio.













