Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan monitor desktop terbaruny di China. Dikenali secara rasminya sebagai Mi Display 1A, ia merupakan kesinambungan dari Mi Display 1.

Untuk spesifikasinya, Mi Display 1A berukuran 23.8-inci serta mempunyai resolusi maksimum Full HD dan kadar penyegaran semula 60Hz.

Selain itu, monitor ini juga mempunyai sudut tontonan sehingga 178 darjah dan tempoh respons 6ms. Hanya satu sahaja port disediakan pada monitor ini iaitu port HDMI.

Monitor terbaru keluaran Xiaomi ini hanya dibezakan pada saiz bingkainya berbanding modelnya yang terdahulu. Namun, perbezaan tersebut dilihat tidak terlalu ketara.

Rekaan luarannya kelihatan ringkas sahaja, sesuai dengan sasaran pasarannya sebagai monitor peringkat awal. Harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan agak berpatutan iaitu pada 699 Yuan (~RM434). Setakat ini, masih belum ada khabar berita mengenai kemasukan monitor desktop ini ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar