Seperti yang dijangkakan, Xiaomi telah melancarkan Mi Band 4 terbarunya di China. Peranti ini merupakan kesinambungan dari Mi Band 3 yang popular dilancarkan pada Mei 2018. Di India sahaja, Xiaomi telah menjual lebih daripada 1 juta unit Mi Band 3.
Melalui Mi Band 4, Xiaomi menawarkan spesifikasi perkakasan dan fungsi yang lebih baik. Ianya kini dilengkapi dengan paparan 39.9% lebih besar serta menggunakan skrin berwarna AMOLED, bersama-sama kaca tahan gores 2.5D pada permukaan atasnya.
Mi Band 4 juga memiliki sokongan NFC yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran melalui AliPay dan WeChat Pay. Selain itu, peranti boleh-pakai ini juga tahan air pada 5 ATM (50 meter) dan dipertingkatkan penderia berketepatan tinggi 6-paksinya yang mampu mengenali pelbagai jenis gaya berenang termasuk gaya bebas, kuak lentang, kuak kupu-kupu, dan Medley.
Ia juga berkeupayaan menjejaki 6 mod sukan yang berbeza seperti larian indoor, larian outdoor, bersenam, berenang, berbasikal, dan berjalan kaki.
Sokongan pembantu suara Xiao AI yang turut disediakan boleh digunakan untuk mengawal produk IOT Xiaomi. Pembantu suara XiaoAI ini digunakan dengan cara pengguna mengangkat pengelangan tangan yang memakai peranti ini untuk melaksanakan arahan seperti memainkan muzik atau menetapkan jadual. Di samping itu, pengguna juga boleh menetapkan fungsi-fungsi menghidupkan peranti IOT Xiaomi berdasarkan arahan suara.
Mi Band 4 ditawarkan dalam dua varian, versi NFC berharga 229 Yuan (bersamaan lebih kurang RM137). Manakala versi tanpa NFC pula berharga 169 Yuan (bersamaan lebih kurang RM137).
Di samping itu, terdapat juga Avengers Limited Edition yang dilengkapi dengan jalur berwarna unik, pendail logam tersuai dan pengancing pergelangan tangan logam yang sepadan. Harganya pula adalah lebih tinggi dari kedua-dua versi iaitu pada 349 Yuan (bersamaan lebih kurang RM212). Jualan peringkat awal Mi Band 4 ini dijadualkan bermula pada 14 Jun 2019.
Sumber berita diperoleh dari GSM Arena













