Xiaomi baru-baru ini telah menyampaikan jemputan kepada wakil-wakil media untuk majlis pelancaran telefon pintar terbarunya, Mi 9T di Malaysia.

Sebagai makluman, Mi 9T adalah model ketiga di bawah siri telefon pintar mercu Mi dari Xiaomi. Kehadiran model telefon pintar ini telah disahkan oleh Xiaomi sekitar akhir bulan Mei lalu. Selain itu, telefon pintar ini dijangkakan bakal hadir dengan kamera swafoto terpacul sama seperti Redmi K20 kerana kemungkinan ianya merupakan model yang sama dan dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

Berdasarkan beberapa ‘teaser’ oleh Xiaomi, Mi 9T bakal dilengkapi dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon yang masih belum dinyatakan bersama-sama bateri 4000mAh. Ia juga hadir dengan sokongan NFC, pengimbas cap jari dalam paparan, bicu audio 3.5mm dan port USB Type-C. Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapkan dengan kamera 48MP yang dijangkakan dipadankan dengan kamera utamanya yang berketetapan tri-kamera.

Majlis pelancarannya di Malaysia dijadualkan pada 20 Jun ini iaitu selang seminggu selepas pelancaran peringkat global pada 12 Jun.

Tinggalkan komentar