Peranti keenam dari siri Xiaomi Mi 9 akhir diperkenalkan sebagai Mi 9 Lite di dalam sebuah acara yang dilangsungkan di Sepanyol baru-baru ini. Ia pada asalnya merupakan Mi CC9 yang dijenamakan semula dan hadir spesifikasi yang sama seperti paparan Super AMOLED 6.39-inci, tetapan tri-kamera dan cipset Snapdragon 710.

Sepertimana pada Mi CC9, Mi 9 Lite turut menampilkan takuk berbentuk titisan air yang menempatkan sebuah kamera swafoto 32MP. Di belakangnya pula, telefon pintar ini menyediakan tetapan tri-kamera yang mengandungi – lensa utama 48MP, lensa ultra-lebar 8MP dan sebuah lensa berpenderia kedalaman, 2MP.

Telefon pintar ini juga didatangkan dengan antaramuka MIUI 10 yang berasaskan Android 9 Pie.

Didatangkan dengan pilihan konfigurasi RAM 4GB/6GB dengan storan dalaman 64GB/128GB, telefon pintar ini menyediakan sebuah slot kad mikro SD untuk tujuan pengembangan kapasiti storan.

Mi 9 Lite turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Putih, Biru dan Hitam dengan harga pasaran di Eropah bermula dengan model 4GB/64GB pada €319 (RM1,465), manakala 6GB/128GB pula, harga yang ditetapkan adalah €349 (RM1,603).

Setakat ini masih belum diketahui bilakah telefon pintar model terbaru keluaran Xiaomi ini bakal dijual secara rasminya di pasaran tempatan.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi Sepanyol

Tinggalkan komentar