Tahun lalu, Xiaomi telah mendedahkan model telefon pintar Mi 8 versi yang nampak canggih dengan kerangka lutsinar, Mi 8 Explorer Edition. Versi berkenaan pada asalnya didakwa mendedahkan komponen dalaman Mi 8 melalui kerangkanya yang lutsinar.

Cuma, “komponen” yang terdedah tersebut bukanlah komponen sebenar. Sebaliknya ianya hanyalah sekadar plat aluminium yang menutupi komponen dalamannya yang sebenar.

Bagaimanapun, untuk versi Xiaomi Mi 9 Explorer Edition yang bakal dikeluarkan nanti Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun awal-awal lagi mengakui komponen yang dilihat menerusi kerangka lutsinar tersebut bukanlah komponen sebenar. Ianya sekadar hiasan dengan ciri-ciri komponen seperti papan litar PCB kelihatan lebih kemas walaupun cuma ukiran di atas permukaan aluminium sahaja.

Turut dinyatakan melalui akaun Weibo beliau, proses halus dan rumit ini dilakukan dengan teliti bagi menjadikan Xiaomi Mi 9 Explorer Edition kelihatan lebih canggih. Takpalah, sekurang-kurangnya untuk model kali ini Xiaomi berlaku jujur.

Selain dari pengakuan tentang “komponen” di sebalik kerangka lutsinar, Lei Jun turut berkongsikan maklumat mengenai Xiaomi Mi 9 Explorer Edition. Antaranya penggunaan “lensa 7-lapis”, kamera utama 48MP dengan sokongan kecerdasan buatan dan RAM sehingga 12GB. Tidak dapat dipastikan sama ada Mi 9 versi biasa turut ditawarkan dengan spesifikasi yang serupa.

Sumber berita diperoleh dari Android Police

Tinggalkan komentar