Utama Android Xiaomi Xiaomi Mi 11 dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 888, Paparan AMOLED WQHD+ 120Hz

Xiaomi Mi 11 dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 888, Paparan AMOLED WQHD+ 120Hz

531
0

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Xiaomi Mi 11 ke pasaran global pada harga €749 (~RM3662). Sungguhpun tidak lagi diketahui harga dan tarikh kemasukannya ke pasaran Malaysia, dijangkakan harga di pasaran tempatan mungkin lebih murah berbanding di pasaran Eropah.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888, RAM 8GB, dan ROM 256GB. Tidak ketinggalan, paparan AMOLED WQHD+ 6.81-inci 120HZ, berserta bateri berkapasiti 4,600MHz yang menyokong pengecasan pantas sehingga 55W.

Di bahagian belakangnya menempatkan modul-modul kameranya iaitu 108MP, 13MP, dan 5MP. Untuk kamera swafoto di hadapannya, telefon pintar ini menyediakan sebuah kamera 20MP.

Menyokong keupayaan rakaman kamera telefon pintar ini turut disertakan beberapa fungsi seperti One-Click AI Cinema, HDR10+. Telemacro dan banyak lagi.

Tidak seperti kebanyakan telefon pintar mercu dari pengeluar utama, Xiaomi menyediakan pengecas pantas GaN 55W bersama pembelian Mi 11. Pengecas ini mampu mengecas Mi 11 sepenuhnya dalam tempoh 40 minit.

Xiaomi Mi 11 dijangka bakal diumumkan kehadirannya ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar