Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar Mi 10 dan Mi 10 Pro tidak berapa lama lagi berdasarkan maklumat-maklumat yang tertiris beberapa minggu kebelakangan ini. Maklumat tertiris yang terbaru pula mengandungi maklumat spesifikasi bagi Mi 10 Pro.

Berdasarkan imej tersebut, telefon pintar berkenaan akan dilengkapkan dengan RAM 16GB dan storan dalaman 512GB bersama-sama spesifikasi canggih yang lain. Setakat ini masih belum ada lagi mana-mana telefon pintar yang menawarkan RAM sebesar itu. Apa yang ada dipasaran setakat ini adalah telefon pintar dengan RAM sebesar 12GB.

Spesifikasi berkenaan turut menyatakan penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 865 bersama-sama paparan skrin HD+ penuh 6.4-inci berkadar segar semula 120Hz. Untuk kameranya pula, Mi 10 Pro memiliki empat lensa dengan lensa utamanya berkeupayaan 108MP.

Untuk baterinya pula, menurut spesifikasi tersebut dinyatakan berkapasiti 5,250 mAh bersama-sama pengecas pantas 65W – berdasarkan maklumat tertiris lain sebelumnya.

Lain-lain maklumat masih lagi belum diketahui bagi Mi 10 dan Mi 10 Pro. Namun, mengambil kira ianya merupakan di antara sebahagian dari telefon pintar keluaran pertama yang menggunakan cipset Snapdragon 865, maklumat mengenainya pasti akan hadir dari masa ke semasa.

Sumber berita diperoleh dari Droidholic

Tinggalkan komentar