Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pembukaan webstore rasminya bagi memudahkan pengguna membuat pembelian pelbagai produk keluarannya. Bersempena pelancarannya, Xiaomi turut menawarkan diskaun berbentuk baucar kepada pengguna baharu.
Pengunjung laman e-dagang berkenaan berpeluang melihat pelbagai jenis produk yang yang ditawarkan merangkumi peralatan elektrik rumah hinggalah ke peranti pintar. Ia bukan sekadar menawarkan telefon pintar semata-mata yang sering dikaitkan dengan jenamanya.
Bagi menggalakkan pembelian menerusi platform tersebut, Xiaomi menawarkan diskaun RM60 bagi pembelian melebihi RM600 dengan menggunakan kod promosi MIFAN.
Tawaran baucar diskaun kepada pengguna baharu sebanyak RM30 pula diberikan bagi pembelian melebihi RM300 dan baucar diskaun RM100 pula diberikan bagi pembelian lebih dari RM1,000. Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak merangkumi semua jenis produk yang ditawarkan.
Dalam pada masa yang sama, Xiaomi menawarkan tawaran jualan kilat pada setiap hari sehingga 18 April. Jualan tersebut dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 2 petang, dan jam 8 malam sehingga 10 malam setiap hari.
Maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi Malaysia.













