Xiaomi dan Leica secara rasminya mengumumkan perkongsian jangka panjang terbaru dan seterusnya, menamatkan hubungan eksklusif Leica dengan Huawei.
Bersempena dengan pengumuman kerjasama ini, kedua-dua syarikat juga mengumumkan kehadiran telefon pintar baharu dengan teknologi pengimejan Leica pada Julai tahun ini.
Buat masa ini, Xiaomi dan Leica masih lagi belum menyatakan secara terperinci mengenai produk yang akan dilancarkan tersebut. Hanya sekadar imej iklan acah yang disertakan bersama-sama kenyataan media rasminya.
Tidak dapat dipastikan sama ada telefon pintar berkenaan akan hadir dengan butang pengatup (shutter) khas seperti yang biasa terdapat pada mana-mana kamera.
Berita mengenai kerjasama di antara Xiaomi dan Leica ini sudah lama berlegar agak lama. Lagipun, sebelum ini Leica telah menjalinkan hubungan dengan sebuah lagi pengeluar telefon pintar China, Huawei.













