Utama Automotif Xiaomi rancang buka kilang yang mampu hasilkan 300,000 Kereta Elektrik dalam setahun

Xiaomi rancang buka kilang yang mampu hasilkan 300,000 Kereta Elektrik dalam setahun

Xiaomi serius untuk menjadi pemain utama di dalam industri kenderaan elektrik

527
0
Xiaomi-Kereta-Elektrik-300000

Xiaomi, syarikat dari China yang popular dengan telefon pintar dan peralatan elektrik rumah akan membuka kilang yang mampu menghasilkan 300,000 buah kereta elektrik dalam setahun.

Awal tahun ini Xiaomi telah dilapor akan menggunakan kilang pihak ketiga milik Great Wall Motor, namun telah menukar rancangan tersebut. Menurut agensi pembangunan ekonomi, Beijing E-Town, Xiaomi akan membuka kilangnya sendiri di Beijing tahun ini.

Kilang berkenaan akan dibina dalam dua fasa dengan pengeluaran besar-besaran kenderaan akan bermula pada 2024. Gergasi teknologi dari China ini juga akan membina ibu pejabat bahagian kenderaannya, bersama-sama pejabat jualan dan penyelidikannya di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing.

Xiaomi masih belum mengumumkan berkenaan model sulung keluarannya setakat ini. Mac lalu, syarikat berkenaan mengumumkan akan mula melabur sebanyak 10 billion yuan (~RM6.6 billion).

Tambahan sebanyak US$10 billion (~RM42 billion) juga akan diperuntukkan untuk bahagian Kenderaan Elektriknya sepanjang tempoh 10 tahun yang akan datang.

Menurut laporan dari Canalys, jualan kenderaan elektrik China dijangka akan meningkat lebih dari 50% pada 2021. Dijangkakan, kenderaan elektrik akan menguasai satu-per-tiga jualan kereta menjelang 2025.

Tinggalkan komentar