Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun telah mengumumkan pada hari pihak syarikatnya telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran telefon pintar yang dijalankan secara automatik sepenuhnya.
Kilang yang dinamakan sebagai Black Light Factory ini akan dijalankan secara tanpa atau kurang campur tangan dari manusia. Dikatakan kilang tersebut mampu menghasilkan sebuah telefon pintar dalam setiap 3 saat.
Ogos tahun lalu, Xiaomi telah melancarkan fasa pertama Smart Factory. Kilang berkenaan merupakan kilang robotik untuk pengeluaran telefon pintar dengan kapasiti satu juta peranti setahun. Menerusi fasa pertama projek berkenaan, Xiaomi mengkaji kemungkinan barisan pengeluarannya mampu bekerja tanpa campur tangan manusia atau dengan kadar minima.
Hasil dari uji kaji fasa pertama tersebut telah membolehkan pihak syarikat meneruskan ke fasa kedua melalui kilang pengeluaran automatik berkapasiti 10 juta telefon pintar setahun.
Kedua-dua kilang ‘Black Light’ ini bertempat di dalam dua daerah di Beijing dan projek untuk peringkat kedua telah pun disiapkan pada tiga bulan yang lalu. Dijadualkan, kilang pengeluaran automatik ini akan mula beroperasi pada penghujung tahun 2023 dan disasarkan mampu memberikan pulangan tahunan sebanyak 60 billion yuan (RM 39 billion).
Gambar cover sekadar hiasan













