Kebanyakan peminat Xiaomi sedang menantikan kehadiran telefon pintar Xiaomi 12 yang dikatakan akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini. Maklumat terkini dari Digital Chat Station mendakwa, telefon pintar berkenaan akan dilancarkan selepas acara Qualcomm Tech Summit 2021 diadakan.
Acara sidang kemuncak teknologi oleh Qualcomm ini dijadualkan berlangsung pada 30 November sehingga 2 Disember ini. Menerusi acara berkenaan, Xiaomi dilaporkan akan turut membuat pengumuman rasmi cipset baharu Snapdragon 898.
Pelancaran telefon pintar mercu berkenaan juga dilihat seiring dengan pelancaran cipset baharu dari Qualcomm berkenaan. Lagipun, Xiaomi pada kebiasaannya memperkenalkan varian standard telefon mercu keluarannya pada bulan Disember.
Berdasarkan maklumat yang pernah tertiris di arena web sebelum ini, Snapdragon 898 dikatakan akan menampilkan satu teras CPU ARM Cortex-X2 (3GHz), tiga teras Cortex-A71 (2.5GHz) dan empat teras Cortex-A510 (1.79GHz).
Maklumat dari sumber yang sama juga pernah menyebut Xiaomi 12 tidak akan hadir dengan kerangka seramik seperti yang terdapat MIX 4. Berkemungkinan besar, Xiaomi 12 akan hadir dengan bahagian belakang yang diperbuat dari kaca seperti yang terdapat pada telefon mercu Mi ketika ini.













