Setiap bulan Statcounter akan menerbitkan angka pegangan di pasaran untuk pelbagai versi Windows. Namun untuk bulan ini terdapat perubahan menarik untuk diperhatikan. September lalu, Windows versi lama yang sudah bertahun-tahun tidak dikemaskini memperlihatkan peningkatan mendadak bilangan pengguna.
Versi yang dimaksudkan adalah Windows 7 yang amat popular selepas pelancarannya. Popularitinya menyaingi Windows XP yang hadir lebih awal darinya, dan Windows 10 yang diperkenalkan selepasnya.
Sejak ditamatkan sokongan kemaskini keselamatannya secara rasmi pada Januari 2020, Windows 7 terdedah dengan kerentanan baharu dan mempunyai risiko keselamatan.
Pun begitu, Statcounter menunjukkan penggunaan global Windows 7 melonjak dari 3.59 peratus pada Ogos kepada 9.61 peratus pada September. Pada tempoh yang sama juga, versi Windows yang lebih baharu menunjukkan penurunan. Windows 11 mencatatkan pengurangan peratusan dari 49.08 peratus kepada 48.94 peratus. Manakala Windows 10 pula berkurangan dari 45.53 peratus kepada 40.5 peratus.
Tidak dapat dipastikan punca ia berlaku memandangkan Statcounter tidak menyediakan penjelasan terhadap kenaikan mendadak luar biasa ini. Boleh jadi kesilapan berlaku dalam bentuk kaedah yang iigunakan dalam mengukur bilangan sistem operasi mengikut pengguna.