Rata-rata pengguna sudah sedia maklum bahawa storan jenis SSD tidak digalakkan untuk ‘defrag’ kerana ianya tidak mendatangkan manfaat. Melakukan ‘defrag’ pada SSD juga boleh menyebabkan masalah pada storan terbabit jika ia dilakukan dengan kerap.

Bagaimanapun, kemaskini terbaru Windows 10 didapati proses ini mungkin boleh berlaku dengan lebih kerap. Menurut BleepingComputer, Windows 10 versi 2004 gagal untuk merekodkan kali terakhir sesebuah pemacu tersebut dioptimakan.

Ini menjurus kepada Windows “terlupa” sesebuah pemacu tersebut telah pun dioptimasikan sebelum itu dan melakukannya berulang kali. Pengoptimasian semula ini berlaku secara kerap kerana ianya berlaku setiap kali pengguna ‘restart’ PC.

Selain dari masalah SSD ‘defrag’ sendiri, ralat Kemaskini Windows 10 juga menyebabkan alatan ‘defrag’ menjimatkan ruangan HDD. Proses ini kebiasaannya bertujuan menjimatkan ruangan pada SSD dengan membuang data-data yang tidak diperlukan lagi. Namun, ralat ini menyebabkan fungsi ini digunakan pada HDD dan pastinya gagal dilakukan kerana ianya dikhususkan untuk SSD.

Sehingga isu SSD ‘defrag’ sendiri ini diselesaikan, pengguna dinasihatkan supaya melumpuhkan fungsi pengoptimasi pemacu automatik (automatic drive optimisation). Ini bagi mengelakkan jangka hayat SSD pengguna menjadi pendek disebabkan terlebih ‘defrag’.

 

2 KOMEN

Tinggalkan komentar