Platform permesejan popular di Malaysia, WhatsApp kini dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu yang akan menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna. Para pembangunnya kini sedang merancang untuk memperkenalkan kemaskini yang membolehkan pengguna berkongsikan mesej bervideo.

Ia dijangka akan hadir sebagai naik taraf kepada mesej bersuara. Ciri mesej bersuara sekarang ini digunakan bagi berkongsikan mesej penting dengan segera selain dapat menyampaikan pesanan dengan lebih tepat melalui tona suara yang besesuaian dengan maksud penyampainya.

Had masa bagi mesej bervideo ini dijangka sekitar 60 saat sahaja, berbeza dengan mesej bersuara yang setakat ini tidak mempunyai had masa. Untuk kandungan video pula, had yang ditetapkan sekarang adalah tiga minit.

Mesej video ini boleh dirakamkan dengan mengetik pada ikon kamera di tengah skrin pengguna. Oleh kerana kemaskini ini masih lagi diperingkat pembangunan, tiada maklumat lanjut mengenai bilakah ia akan diperkenalkan secara umum.

Tinggalkan komentar