WhatsApp telah memulakan pengujian fungsi baharu yang dikenali sebgai ‘View Once’ kepada pengguna-pengguna beta di Android. Ianya merupakan salah satu dari tiga fungsi baharu yang diperkenalkan pada platform permesejan popular ini.
Fungsi ini bertujuan memberikan lebih privasi kepada pengguna dengan membenarkan perkongsian foto dan video yang akan hilang sebaik sahaja ditonton atau dilihat oleh penerima. Ini berbeza dengan fungsiĀ Disappering Message sedia ada yang membenarkan pengguna menetapkan sama mesej-mesej boleh dipadam secara automatik selepas tujuh hari.
Pada masa yang sama, pengguna juga akan dimaklumkan sebaik sahaja fail media berkenaan dilihat oleh penerima. Pilihan ini juga boleh diaktifkan di dalam kumpulan borak WhatsApp.
Bagaimanapun, penerima masih lagi boleh menangkap layar imej-imej atau video View Once sebelum ianya dipadamkan memandangkan WhatsApp tidak mempunyai pengesan tangkapan layar terbina dalam.
Menurut WABetaInfo, ujian beta ini akan ditawarkan kepada pengguna iOS tidak berapa lama lagi, tetapi tidak diketahui bilakah ianya akan dimulakan.