WhatsApp telah menerbitkan kemaskini 2.21.24.8 untuk pengguna Android menerusi saluran beta. Menerusi kemaskini tersebut, didapati fungsi notifikasi reaksi mesej sedang dibangunkan.

Sebelum ini WhatsApp tidak merancang untuk memberikan notifikasi kepada penggunanya untuk reaksi mesej.

Tetapi, kemudian telah mengubah rancangan tersebut dengan memperkenalkan menerusi versi beta untuk aplikasinya pada platform iOS. Kini, fungsi yang sama sedang diusahakan bagi platform Android pula.

WhatsApp tetapan Notifikasi Reaksi MesejMenurut WABeta Info, fungsi notifikasi reaksi mesej ini dijangka akan dilancarkan kepada pengguna umum menerusi kemaskini yang akan datang.

Buat masa ini, tidak dinyatakan bilakah WhatsApp akan memperkenalkan fungsi notifikasi reaksi mesej ini kepada seluruh penggunanya.

Tinggalkan komentar