WhatsApp kini sedang mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna-penggunanya di seluruh dunia. Hasil semakan dari pihak kami mendapati mesej-mesej tidak dapat dihantar dan tidak dapat diterima setakat artikel ini ditulis.
Perkara ini juga telah disahkan oleh laman web khas perkembangan WhatsApp, WABetaInfo yang telah berkongsikan menerusi hantaran di dalam Twitter.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna di Twitter, masalah ini dikatakan berpunca dari pelayan WhatsApp yang ditempatkan di Amazon Web Services (AWS).
WhatsApp is experiencing an issue when connecting to the server. #whatsappdown
— WABetaInfo (@WABetaInfo) October 25, 2022
Selain itu, Downdetector juga melaporkan masalah mengakses mula dilaporkan berlaku sekitar 2.45PM tadi.
Dalam pada masa yang sama, Reuters turut melaporkan WhatsApp tidak boleh digunakan oleh pengguna-penggunanya di India sekitar pagi tadi dengan lebih dari 11,000 pengguna melaporkannya di perkhidmatan Downdetector.
Jurucakap Meta turut menyatakan pihaknya kini telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya.













