Utama Mobile Aplikasi WhatsApp sedang uji fungsi “Delete For Everyone” tanpa had masa

WhatsApp sedang uji fungsi “Delete For Everyone” tanpa had masa

774
0

WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji fungsi untuk memanjangkan tempoh mengaktifkan butang memadam mesej “Delete For Everyone”.

Bagi anda yang biasa menggunakan aplikasi permesejan ini, fungsi ini bertujuan untuk membolehkan pengguna memadamkan mesej dari dilihat oleh semua pihak.

Ia amat berguna bagi pengguna yang tersilap menghantar mesej untuk memadamkannya supaya tidak dapat dilihat oleh pengguna lain. Sungguhpun fungsi ini amat berguna, “Delete For Everyone” mempunyai had tempoh masa yang telah ditetapkan.

Had tersebut sebelum ini ditetapkan pada 7 minit sebelum dilanjutkan kepada 4096 saat, atau 68 minit dan 16 saat seperti yang ditawarkan sekarang.

Penawaran yang lebih terkini fungsi tersebut telah pun dilaporkan oleh WABetaInfo. Ia masih lagi diperingkat pembangunan dan masih lagi belum tersedia untuk kegunaan umum. Berdasarkan pratonton oleh WABetaInfo, fungsi ini didapati mampu memadamkan mesej yang telah dihantar sejak dari Ogos lalu.

Jika fungsi ini mampu ditawarkan kelak oleh WhatsApp ia kelak membolehkan pengguna memadamkan mesej kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang had masa. Fungsi ini telah dihantar oleh WhatsApp menerusi Google Play Beta Program dan membayangkan ia mungkin diperkenalkan kepada pengguna Android terlebih dahulu.

Selain dari fungsi “Delete For Everyone”, WhatsApp juga sedang mengusahakan sebuah lagi fungsi berfokuskan privasi. Ia membenarkan pengguna untuk menetapkan had yang menyeluruh untuk mesej menghilang. Platform permesejan popular ini juga turut memperkenalkan fungsi View Once yang membolehkan mesej dipadamkan secara automatik selepas dilihat sekali oleh penerimanya.

Tinggalkan komentar