Versi WhatsApp terkini membenarkan pengguna menghantar mesej lenyap sendiri di dalam ruang borak. Mesej berkenaan akan dipadam secara automatik selepas tujuh hari.
Berdasarkan penemuan terbaru yang dilaporkan oleh WABetaInfo, fungsi berkenaan akan turut diperkenalkan pada imej yang dihantar oleh pengguna.
Imej terpadam sendiri akan berfungsi dengan kaedah yang berbeza dengan mesej terpadam sendiri. Ianya mencontohi kaedah yang digunakan pada Instagram Direct dengan memadamkan imej yang dikongsikan sebaik ianya telah dilihat sekali.
Oleh kerana ianya bersifat sementara, kemungkinan besar imej lenyap sendiri ini tidak akan disimpan di dalam peranti penerima atau di dalam fail sandaran borak.
WhatsApp is working on self-destructing photos in a future update for iOS and Android.
• Self-destructing photos cannot be exported from WhatsApp.
• WhatsApp didn’t implement a screenshot detection for self-destructing photos yet.Same concept from Instagram Direct. ⏱ pic.twitter.com/LLsezVL2Hj
— WABetaInfo (@WABetaInfo) March 3, 2021
Berdasarkan tangkapan layar yang disediakan, imej lenyap sendiri ini ditandakan dengan mengetik pada ikon “1” di bawah pratonton sebelum dihantar ke penerima.
Sebaik di hantar, imej tersebut akan muncul sebagai imej “thumbnail” kabur dan perlu diketik oleh penerima untuk melihatnya. Selepas penerima membuka “thumbnail” berkenaan, notis akan tertera memaklumkan imej tersebut akan dipadam sebaik tontonan imej ditutup atau borak tersebut ditutup.
Selain itu, pengguna juga tidak dibenarkan untuk ‘forward’ imej berkenaan atau mengeksport ke platform permesejan lain. Bagaimanapun, WhatsApp tidak menyatakan sama ada ciri terbaru ini mempunyai fungsi mengesan tangkapan layar (screen shot) atau tidak.
WhatsApp setakat ini tidak menyatakan bilakah ciri terbaru ini akan dimasukkan ke dalam kemaskini terbaru yang akan datang untuk aplikasi ini.













