Pengasas Facebook Mark Zuckerberg baru-baru ini telah mengumumkan anda kini boleh menyunting (edit) semula mesej yang telah di hantar di dalam WhatsApp. Ciri ini membolehkan pengguna membetulkan semula maklumat atau ejaan pada mesej tersebut tanpa perlu memadam keseluruhan mesej tersebut.

Pengguna bagaimanapun diberikan masa dalam 15 minit sahaja untuk menyunting atau meminda semula mesej tersebut jika didapati terdapat kesilapan. Selepas itu mesej berkenaan tidak lagi boleh disunting dan anda mungkin perlu memadam keseluruhan mesej tersebut seperti biasa jika terdapat kesilapan.

Untuk menyunting mesej yang telah dihantar di dalam WhatsApp, anda boleh mengaksesnya dengan pergi ke butang Edit yang muncul apabila anda menekan lama pada mesej berkenaan. Caranya sama seperti anda ingin menyalin (copy) atau mesej di dalam WhatsApp. Seterusnya, anda boleh menyunting mesej terbabit mengikut keperluan anda.

Menurut WhatsApp, pihaknya kini telah pun mula menawarkan ciri tersebut kepada pengguna-pengguna global secara berperingkat. Anda yang masih belum menerimanya setakat ini mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi.

Tinggalkan komentar