WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menghasilkan dan menggunakan avatar yang diperibadikan (personalized).
Sebelum ini ciri tersebut pertama kali dilaporkan menerusi WABetaInfo pada Jun lalu. Ciri berkenaan seterusnya mula diperkenalkan sebagai ujian beta melalui versi Android 2.22.23.9 pada Oktober lalu.
Sebaik sahaja pengguna menghasilkan avatar sendiri, aplikasi tersebut boleh mewujudkan satu pek pelekat 36 tersuai berdasarkan avatar tersebut.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan avatar berkenaan sebagai foto profil untuk WhatsApp anda. Turut disediakan ciri kawalan privasi pada avatar berkenaan sama seperti yang ditawarkan pada foto profil pengguna sekarang.![]()
Ciri ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna global sejak dari petang semalam. Anda boleh membuat semakan sama ada pilihan Avatar telah tersedia melalui bahagian Settings di dalam WhatsApp.
Meta sebelum ini telah memperkenalkan ciri Avatar ini menerusi Facebook dan Messenger beberapa tahun lalu. Ia pertama kali dilancarkan pada 2019 di Facebook dan mula menemui pengguna di Malaysia pada September 2020.













tak cantik n premium mcm mimoji,nmpak murah wtsapp
punya avatar