WhatsApp telah didenda sebanyak €225 million (~RM1.1 billion) kerana melanggar undang-undang data peribadi Kesatuan Eropah (EU).
Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC) telah mengumumkan keputusan tersebut menerusi rumusan 89 halaman (PDF).
Di dalamnya, WhatsApp didakwa tidak memaklumkan dengan jelas kepada rakyat EU mengenai kaedah yang digunakan untuk menguruskan data peribadi. Ini termasuk cara berkongsikan maklumat berkenaan dengan syarikat induknya, Facebook.
WhatsApp telah diarahkan untuk mengemaskini polisi peribadinya yang panjang berjela. Mereka juga dikehendaki memindanya dengan memasukkan cara mereka pemakluman kepada pengguna mengenai data yang dikongsikan.
Ini seterusnya akan membawa kepada pematuhan dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Eropah. Peraturan ini bertujuan mengurus tadbir kaedah syarikat teknologi mengumpul menggunakan data di dalam Kesatuan Eropah.
GDPR mula berkuatkuasa pada Mei 2018 dan WhatsApp merupakan salah sebuah syarikat yang terkesan dengan peraturan tersebut.
Lanjutan dari perkembangan ini, WhatsApp telah menyatakan pihaknya akan membuat rayuan atas denda yang telah dikenakan tersebut.
Selain dari WhatsApp, Amazon juga telah dikenakan denda sehingga RM 3.6 billion kerana melanggar undang-undang privasi EU.













