• Wemade menyertai persidangan blok rantai terbesar di Asia sebagai penaja perdana
  • Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade, menyampaikan ucaptama tentang ekosistem WEMIX3.0 dan WEMIX$, stablecoin miliknya

SEOUL, Korea Selatan, 30 September, 2022 /PRNewswire/ — Wemade mengambil bahagian dalam persidangan blok rantai yang terbesar di Asia, TOKEN2049 Singapore, sebagai penaja perdana. Acara tersebut bermula pada 28 September dan akan diadakan selama dua hari di Marina Bay Sands Hotel di Singapura.

Wemade mengendalikan reruai terbesar dan Wemade Stage bagi memperkenalkan ekosistem WEMIX3.0 yang akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Ekosistem-mega ini melibatkan WEMIX PLAY, NILE dan WEMIX Fi.

Wemade Umum Rancangan Terperinci untuk Mainnet dan Stablecoin di TOKEN2049 Singapore

Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade, menyampaikan ucaptama berhubung Ekonomi Digital (The Digital Economy) dan Stablecoin: WEMIX3.0 dan WEMIX$, termasuk penjelasan yang terperinci tentang WEMIX$, stablecoin yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Hakikatnya ialah, perkara yang bernilai dan mampan akhirnya berjaya. 3 keperluan dikehendaki untuk mencipta stablecoin yang berjaya iaitu kestabilan, refleksiviti yang stabil/natif serta kebolehskalaan,” kata beliau. “Kami berusaha sedaya upaya untuk membangunkan stablecoin WEMIX$ yang diperlukan untuk ekonomi blok rantai digital. WEMIX$ akan menjadi sejarah baharu stablecoin dan sejarah berkenaan akan menjadi asas bagi ekonomi blok rantai digital.” 

Wemade telah mencurahkan segala usaha dalam jerayawara global WIN2022 untuk memperkenalkan WEMIX kepada bidang blok rantai global. Sejak GDC pada bulan Mac ini di San Francisco, ia telah menyertai banyak acara domestik dan global.

Selepas TOKEN2049, yang melaluinya syarikat-syarikat Web3 global yang terkemuka mengambil bahagian, ia akan menyertai G-STAR, acara permainan yang terbesar di Korea pada bulan November ini sebagai perlawanan akhir.

(PRNewsfoto/Wemade Co., Ltd)

 

SOURCE Wemade Co., Ltd

Tinggalkan komentar