Bagi pengguna yang tidak biasa melalui sesetengah jalan bertol mungkin tidak mengetahui kadar bayarannya dan menyulitkan lagi keadaan jika baki perkhidmatan Touch N Go pengguna tidak mencukupi. Keadaan mungkin menjadi lebih mudah dengan adanya akses ke maklumat ini di hujung jari.

Terkini, Waze telah menerbitkan kemaskini aplikasinya yang memaparkan kadar bayaran tol di sepanjang laluan yang dipilih oleh pengguna. Sebelum ini, Waze hanya mampu memaklumkan kepada pengguna jika terdapat sebarang tol di dalam laluan-laluan tertentu.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kadar bayaran tol ini bukan datangnya dari Waze atau Google. Sebaliknya ia dimaklumkan melalui komuniti pengguna Waze, sama seperti pemakluman lain seperti insiden jalan raya, sekatan polis dan sebagainya.

Selain itu, kemaskini berperingkat ini hanya ditawarkan bagi pengguna-pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu. Pengguna-pengguna lain diseluruh dunia akan disusuli dalam masa yang terdekat ini.

Sumber berita diperoleh dari 9to5Google

Tinggalkan komentar