Utama Android Samsung Nikmati Perlindungan Premium Eksklusif untuk Galaxy Z Flip4

Nikmati Perlindungan Premium Eksklusif untuk Galaxy Z Flip4

766
0
Samsung Galaxy Z Flip 4

Samsung Galaxy Z Flip 4 telah dilancarkan lebih kurang sebulan yang lepas dan ia dibina berdasarkan penambahbaikan dari Galaxy Z Flip 3 yang dikeluarkan pada tahun lepas. Telefon pintar boleh lipat gaya cengkerang ini mempunyai sedikit perubahan pada engselnya, paparan boleh lipat yang lebih lasak serta perkakasan dalaman yang dipertingkatkan.

Pada harga dari RM4,099, anda mungkin tertanya-tanya apakah waranti yang disertakan bersama-sama pembelian Galaxy Z Flip 4 ini

Seperti kebanyakan telefon pintar Samsung lain, Galaxy Z Flip 4 turut didatangkan dengan waranti terhad selama satu tahun. Jika berlaku apa-apa masalah pada Galaxy Z Flip 4 dalam tempoh setahun selepas pembelian, Samsung akan membaiki atau menggantikannya bergantung pada jenis masalah kerosakan yang berlaku.

Ini dilakukan secara percuma jika masih di bawah waranti dan masalah yang berlaku tersebut bukannya disebabkan oleh faktor luaran. Faktor luaran yang dimaksudkan termasuklah terjatuhkan telefon secara tidak sengaja, kerosakan disebabkan air, skrin pecah disebabkan hentakan dan sebagainya.Samsung Galaxy Z Flip 4 Malaysia-Rose Gold

Lindungi Galaxy Z Flip 4 anda dengan Samsung Care+

Jika anda merupakan seorang giat dengan aktiviti lasak atau mungkin agak cuai dengan apa jua peranti, mungkin anda boleh mendapatkan pelan perlindungan Samsung Care+. Ia merupakan waranti tambahan untuk peranti anda yang turut memberikan perlindungan kerosakan yang tidak disengajakan. Untuk itu, jika anda tidak sengaja menjatuhkannya hingga rosak skrinnya, Samsung akan menggantikan skrin tersebut melalui pelan tersebut.

Anda boleh mendapatkan Samsung Care+ untuk peranti anda ketika membeli Galaxy Z Flip 4 dari laman web rasmi Samsung Malaysia. Anda boleh memilih sama ada perlindungan tambahans selama satu tahun (RM699) atau dua tahun (RM969).

Smartphone Models 1 Year Accidental & Liquid Breakage Upfront Price 2 Year Accidental & Liquid Breakage Upfront Price 2 Year Accidental & Liquid Breakage Upfront Price with Breakdown Service Fee Per Claim
Galaxy Z Flip4 5G RM 699 RM 969 RM 629

Bersempena promosi pelancarannya, Samsung kini menawarkan perlindungan waranti tambahan 1 tahun Samsung Care+ secara percuma bagi pembelian Galaxy Z Flip 4. Turut ditawarkan perkhidmatan penggantian kaca lapisan perlindungannya sebanyak 3 kali secara percuma.

Promosi yang dijalankan sepanjang bulan September ini juga menyediakan cenderahati percuma berbentuk Galaxy Watch 4 eksklusif untuk siri Galaxy Z keluaran tahun ini.

Dalam pada masa yang sama, Samsung turut mengadakan jerayawara Galaxy Flextival di Sunway Pyramid, dari 29 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 dan rebutlah peluang untuk mendekati Galaxy Z Flip 4 disamping memenangi pelbagai ganjaran hebat.

Maklumat lanjut mengenai promosi terkini Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4, layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/launch/galaxy-z-fold4-flip4/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.