Mesin juruwang automatik (ATM) akan dihadkan waktu operasinya dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah ini diwujudkan berikutan ramai yang menggunakan alasan membuat pengeluaran wang untuk keluar hingga lewat malam.

“Ramai yang keluar lebih daripada waktu ditetapkan sehingga tengah malam pun masih ada yang keluar kononnya ada kecemasan untuk keluarkan wang dan sebagainya. Jadi, operasi mesin ATM dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

“(Selepas ini) tidak ada alasan lagi untuk keluar sehingga tengah malam untuk keluarkan wang di mesin ATM,”

Terdahulu, pihak kerajaan telah mengumumkan tiada sebarang caj pengeluaran RM1 dikenakan di seluruh ATM MEPS bagi memudahkan orang ramai membuat transaksi perbankan.

Tinggalkan komentar