vivo telah memperuaskan penawaran siri Y melalui pengumuman Y52t. Ia dikuasakan oleh cipset Mediatek Dimensity 700 bersama-sama panel paparan LCD HD+ 6.51-inci dengan antaramuka OriginOS yang berasaskan Android 12.

vivo Y52t mempunyai RAM 8GB dan dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB. Telefon pintar terkini dari vivo ini juga mempunyai slot kad mikroSD yang boleh diperluaskan sehingga 1TB.

Untuk fotografinya, vivo Y52t menawarkan dwi-kamera di belakangnya iaitu kamera utama 13MP, bersama-sama kamera makro 2MP. Pada hadapannya pula disediakan sebuah kamera 8MP. Menguasakan keseluruhan telefon pintar ini adalah sebuah bateri 5,000mAh yang boleh dicajkan menerusi port USB-C dengan sokongan sehingga 10W.

Lain-lain ciri yang disediakan pada telefon pintar ini termasuklah port bicu audio 3.5mm, butang pengimbas cap jari pada sebelah sisi dan juga sokongan ketersambungan 5G.

vivo Y52t ditawarkan dengan tiga pilihan warna dan mula dijual di China pada 19 September menerusi laman web rasminya. Versi RAM 8GB + storan 128GB berharga CNY 1,399 (~RM907), manakala versi RAM 8GB + storan 256GB pula berharga CNY1,599 (~RM1,036). Bersempena promosi pengenalannya, kedua-dua versi telefon pintar ini ditawarkan dengan diskaun sebanyak CNY 100 (~RM64) selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar