Vivo Malaysia baru-baru ini mengumumkan telefon pintar Y15 2020 telah hadir ke pasaran tempatan. Bagi anda yang sedang menantikan telefon pintar peringkat permulaan, model ini mungkin bersesuaian untuk anda.

Vivo Y15 2020 menampilkan paparan HD+ 6.35-inci, cipset MediaTek P22, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Ia menggunakan antaramuka Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9 Pie dan dibekalkan kuasanya oleh bateri berkapasiti 5,000mAh. Padanan kapasiti bateri dengan resolusi skrinnya adalah bersesuaian bagi memastikan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Untuk kameranya, telefon pintar ini hadir dengan tetapan tri-kamera – 13MP + 8MP + 2MP sebagai kamera utamanya. Untuk kamera hadapannya pula, ianya didatangkan dengan sebuah lensa 16MP. Telefon pintar yang menyokong penggunaan Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 802.11ac ini boleh dicaskan melalui sebuah port Micro-USB selain turut menyediakan penderia cap jari pada bahagian belakangnya.

Vivo Y15 2020 kini boleh didapati pada harga RM599 dan didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Burgundy Red.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Vivo Malaysia

Tinggalkan komentar