vivo telah mengumumkan kehadiran dua buah telefon pintar baharunya iaitu V25 dan V25 Pro. Kedua-duanya menampilkan tri-kamera dengan kamera utama 64MP, dan cipset MediaTek peringkat menengah dan disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada minggu depan.

Persamaan antara kedua-dua model ini adalah dari segi ketersambungan 5G, sokongan dwi Nano-SIM, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari terbina bawah paparan, dan antaramuka Funtouch 12 berasaskan Android 12.

Sungguhpun susun atur kamera belakang kedua-duanya kelihatan berbeza, setup kameranya masih lagi sama iaitu kamera utama 64MP f/1.9, ultra-lebar 12MP f/2.2 dan makro 2MP.

vivo-v25-kamera

Ciri unik warna permukaan belakang yang boleh bertukar-tukar apabila terkena sinar matahari pada vivo V23 yang dilancarkan pada awal tahun ini juga masih lagi terdapat pada kedua-dua model vivo V25 ini.

vivo V25 dilengkapkan dengan paparan rata AMOLED 6.44-inci beresolusi 1080 x 2404, 90 Hz, sokongan HDR10+ berserta kamera hadapan 50 MP pada bahagian takuknya. Di dalam telefon pintar pula disediakan cipset okta-teras MediaTek Dimensity 900 bersama-sama GPU Mali-G68, RAM sehingga 12GB, dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.vivo-v25-dilancarkan malaysia-2

Untuk baterinya, ia berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W melalui port USB-C. Menurut vivo, jika telefon ini dicaskan dalam tempoh 30 minit, ia mampu mencapai ke paras 61% kapasiti.

Vivo V25 Pro

Seterusnya untuk vivo V25 Pro yang lebih tinggi spesifikasinya, ia menawarkan paparan AMOLED 6.56-inci beresolusi 1080 x 2376, kadar penyegaran semula 120Hz dan sokongan HDR10+. Jika model vivo V25 mempunyai paparan bertakuk yang menempatkan kamera hadapannya, vivo V25 Pro pula mempunyai paparan berpenebuk lubang bagi menempatkan kamera hadapan 32MP.vivo-v25-dilancarkan malaysia

Selaku model Pro, ia menggunakan cipset yang lebih berkuasa iaitu MediaTek Dimensity 1300 bersama-sama GPU Mali-G77. Ia turut menawarkan konfigurasi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Baterinya juga sedikit besar iaitu pada 4,830mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 66W. Kapasitinya boleh dipenuhkan sehingga 71% untuk tempoh pengecasan selama 30 minit.

vivo V25 dan vivo V25 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Ogos 2022 dan maklumat terperinci mengenainya akan diumumkan secara rasmi pada hari pelancarannya kelak.

Tinggalkan komentar