Vivo V23e 5G yang dipromosikan sebagai telefon pintar mengkhususkan swafoto kini boleh didapati dalam edisi Mirage Gold. Bermula dari 12 hingga 20 Februari 2022, pembelian telefon ini akan layak menerima cenderahati percuma bernilai RM528.

Cenderahati eksklusif tersebut mengandungi gincu bibir dari L’Oréal Paris edisi terhad, perlindungan keretakan skrin selama 1-tahun, dan perlanjutan waranti selama 1 tahun. Turut disediakan hadiah-hadiah lain seperti beg galas, baucar Grab, dan kad SIM Yes 5G.

Menampilkan kamera hadapan 44MP dengan autofokus, Vivo 23e 5G turut menyediakan paparan AMOLED Full HD 6.44-inci. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 810 5G bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian belakang telefon pintar ini turut disediakan tetapan tri-kamera yang mengandungi sebuah kamera bersudut lebar 50MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan sebuah kamera berlensa makro 2MP.Vivo-Mirage-Gold-Malaysia

Permukaan belakangnya pula bukan sekadar tampil anggun menawan, malah kalis kesan jari hasil penggunaan teknologi Satin AG.

Melengkapkan spesifkasi telefon pintar, sebuah bateri berkapasiti 4,050mAh dengan sokongan Flashcharge 44W. Tuurt disediakan, fungsi RAM maya yang membolehkan pengguna menambah lagi 4GB RAM melalui Extended RAM 2.0.

Vivo V23e 5G Mirage Gold dijual pada harga RM1,599 dan boleh didapati menerusi kedai konsep Vivo, kedai jualan yang sah, kedai rasmi dalam talian vivo Malaysia, serta di Shopee dan Lazada.

Tinggalkan komentar