Vivo Nex 3 5G baru sahaja diperkenalkan di peringkat global sekitar bulan lepas dan kini, telefon pintar berkenaan telah pun memasuki pasaran tempatan dengan teknologi yang agak terkedepan.
Sesuai dengan namanya, telefon pintar ini merupakan salah satu telefon pintar 5G yang diperkenalkan di pasaran Malaysia. Rangkaian 5G di Malaysia bagaimanapun masih lagi belum sedia untuk digunakan oleh pengguna umum setakat ini.
Telefon pintar dengan cipset Snapdragon 855 Plus ini didatangkan dengan paparan Waterfall FullView 6.89-inch Full HD+. Selain itu, ia menawarkan RAM 8GB, storan dalaman 256GB, dan bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Untuk kameranya pula, Vivo Nex 3 5G menawarkan kombo tri-kamera 64MP,13MP dan 13MP sebagai kamera utamanya dengan sebuah kamera terpacul 16MP di atasnya sebagai kamera swafoto.
Vivo Nex 3 5G akan ditawarkan pada harga RM3,899 dengan pra-tempahannya mula dibuka pada 18 Oktober ini. Menurut Vivo Malaysia, Vivo Nex 3 5G akan mula menemui pengguna pada 19 Oktober.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Vivo Malaysia












