Google baru-baru ini telah pun menerbitkan kemaskini Android 10 Stabil untuk siri telefon pintar Pixel. Lanjutan dari itu, pengeluar-pengeluar lain turut sama mempersiapkan kemaskini berkenaan untuk peranti masing-masing. Antara yang terawal termasuklah Essential dan Xiaomi yang menyediakan kemaskini berkenaan masing-masing untuk Essential Phone dan Redmi K20.

Kemaskini Android 10 untuk Redmi K20 ini bagaimanapun hanya disediakan untuk pengguna-pengguna di India dan China sahaja setakat ini.

Peranti-peranti dari pengeluar Essential pada kebiasaannya lebih pantas menerima kemaskini Android versi terkini kerana model yang dikeluarkan olehnya setakat ini cuma satu sahaja. Manakala sistem operasi yang digunakan adalah Android asli yang tiada sebarang pengubahsuaian.

Xiaomi pula telah menjalankan pengujian beta untuk MIUI berasaskan Android 10 sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Android 10 Beta telah pun diterbitkan untuk diuji pada Redmi K20 Pro pada 9 Ogos yang lalu.

Versi stabil kemaskini untuk Redmi K20 Pro telah pun diterbitkan untuk pengguna-pengguna di China dan India. Pengguna-pengguna peranti berkenaan yang lebih dikenali sebagai Mi 9T Pro di rantau lain bagaimanapun masih lagi belum disediakan terbitan kemaskini tersebut.

Muat turun MIUI 10.4.4.0 (Android 10) untuk Redmi K20 Pro (China)

Muat turun MIUI 10.4.7.0 (Android 10) untuk Redmi K20 Pro (India)

Sumber berita diperoleh dari GSM Arena

Tinggalkan komentar