Singapura, 17 Januari 2025 – Dalam langkah penting untuk meningkatkan kerjasama perniagaan serantau, perdagangan, dan pelaburan, UOB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersejarah dengan Singapore Chinese Chamber of Commerce and Industry (SCCCI) dan Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) di Singapura pada 16 Januari 2025. YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), turut hadir semasa majlis menandatangani perjanjian tersebut.
Ms Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, berkata, “Kerjasama dengan SCCCI dan ACCCIM menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan UOB Malaysia menyokong pertumbuhan negara selama lebih 70 tahun. Dengan Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, kami komited untuk membantu perniagaan tempatan menghubungkan peluang di JS-SEZ dan seluruh ASEAN, memacu pertumbuhan mampan serta mengukuhkan peranan Malaysia dalam kemajuan ekonomi rantau ini.”
Di bawah MoU ini, UOB bersama SCCCI dan ACCCIM berhasrat untuk memperkukuh kerjasama perniagaan rentas sempadan serta memanfaatkan peluang pertumbuhan di Asia Tenggara, dengan tumpuan khusus kepada Singapura, Malaysia, dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).













