KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menetapkan harga Nota Jangka Sederhana (MTN) Subordinat Tahap 2 bernilai RM1.0 bilion yang akan matang pada Oktober 2032 dan boleh panggil pada Oktober 2027, pada kadar kupon tetap 4.9 peratus setahun.
Walaupun menghadapi pasaran kewangan yang tidak menentu dan persekitaran kadar faedah yang semakin meningkat, Bank berjaya menetapkan harga salah satu daripada Tahap 2 subordinat patuh Basel III berdenominasi Ringgit yang terbesar setakat ini.
Hutang subordinat ini, yang diberi penarafan AA1 oleh RAM Rating Services Berhad, ditempatkan secara persendirian kepada lebih 20 pelabur institusi berkualiti tinggi termasuk syarikat insurans, pengurus dana, badan berkanun, bank dan bank swasta. Permintaan kukuh daripada pelabur juga menyaksikan saiz terbitan meningkat daripada sasaran awal RM500 juta kepada RM1.0 bilion.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Kejayaan transaksi ini, disaksikan melalui penarafan kukuh dan penetapan harga yang kami capai, adalah bukti kekukuhan profil kredit dan asas perniagaan yang teguh UOB Malaysia.
Di sebalik persekitaran pasaran yang tidak menentu, kami menerima maklum balas positif daripada pelabur untuk MTN Tahap patuh Basel III Bank, menjadikannya terbitan dalam denominasi mata wang tempatan yang terbesar setakat ini.”
CIMB Investment Bank, HSBC Bank Malaysia dan UOB Malaysia bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama untuk transaksi ini.













