Unifi kini menawarkan seluruh saluran Unifi TV percuma bagi menggalakkan penggunanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Akses ke seluruh saluran ini boleh dinikmati oleh seluruh pelanggan pakej kediaman Unifi dari 19 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Pengumuman ini dibuat menerusi akaun rasmi media sosial Unifi. Berdasarkan pengumuman tersebut, akses ke seluruh saluran dibuka kepada seluruh pelanggan pakej jalur lebar kediaman merangkumi saluran BBC Earth, Fox Movies, National Geographic serta banyak lagi.
Selain dari Unifi, Astro turut menyediakan tawaran yang hampir sama dengan membuka seluruh salurannya kepada para pelanggannya sehingga 31 Mac 2020.
Bagi anda yang melanggan Pek Sports, seluruh saluran ini dibuka sehingga 30 April nanti. Tawaran ini dilihat bagi menampung kekurangan siaran sukan berikutan pembatalan perlawanan liga-liga bola sepak utama dunia akibat penularan wabak COVID-19.













