Utama Mobile Aplikasi Unifi TV sediakan Akses ke 7 Aplikasi Penstriman Video, 12 Saluran baharu...

Unifi TV sediakan Akses ke 7 Aplikasi Penstriman Video, 12 Saluran baharu bermula 1 Oktober ini

1665
0

Unifi telah memperkenalkan 12 saluran terbaru untuk Unifi TV bersama-sama 7 aplikasi penstriman melaluinya bermula 1 Oktober ini.

Saluran-saluran baharu berkenaan adalah:

  • Celestial Movies
  • CCM
  • K-Plus
  • GEM
  • AXN
  • Animax
  • HITS
  • HITS Movies
  • TechStorm
  • Arirang TV
  • SPOTV
  • SPOTV2

Manakala tujuh aplikasi penstriman baharu berkenaan yang dimaksudkan adalah:

  • Amazon Prime Video
  • Lionsgate Play
  • TVB Anywhere+
  • iQiyi
  • Viu
  • ZEE5
  • Simply South

Anda boleh mendapatkan aplikasi-aplikasi penstriman video tersebut di Unifi Plus Box selain boleh didapati pada peranti pintar secara muat turun.

Bagi anda yang melanggan pek Ultimate, anda akan ditawarkan akses ke aplikasi Lionsgate Play secara percuma. Anda juga boleh menambah satu lagi aplikasi tambahan pilihan secara percuma. Penawaran ini boleh ditebus di Unifi Activate.

Sehingga 21 Disember 2021, Unifi TV juga memberikan akses menonton secara percuma 12 saluran terbaru berkenaan untuk pengguna Unifi TV.

Tinggalkan komentar