Unifi pada sekitar pertengahan bulan April ini telah bekerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) menyediakan 13,000 kad SIM untuk kegunaan para pelajar, dan kakitangan MMU.

Tawaran pelan mudah alih tanpa had tersebut telah pun diperluaskan kepada institusi-institusi pengajian awam dan swasta lain melaui pelan pascabayar, Pek Pelajar Unifi Mobile (Unifi Mobile Student Pack)

Pelan tersebut, sebagai yang dijelaskan menawarkan penggunaan tanpa had untuk data, panggilan dan SMS pada harga RM59 sebulan (tidak termasuk SST 6%). Ianya boleh didapati bermula dari 24 April 2020.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Unifi:

With the Covid-19 pandemic forcing the students to shift to distance learning, many tertiary institutions have adopted e-learning to protect their students and lecturers from the risk of infection. We also understand that students are in dire need for mobile connectivity that comes with unlimited data and affordable monthly subscription which does not require frequent add ons or top-up when their quota has been utilized. What’s more exciting is, they can continue to enjoy the plan even after the end of MCO period.

Anand Vijayan, unifi Chief Commercial Officer

Kesemua pelajar di IPTA/IPTS terpilih dan mempunyai alamat emel pelajar yang sah, layak untuk mendapatkan Pek Pelajar Unifi Mobile ini. Para pelajar mungkin menerima emel pemberitahuan berkenaannya dari pihak pentadbiran IPT dan seterusnya boleh mendaftar melalui laman Unifi Mobile Student Pack.

Penghantaran kad SIM dijangka akan diterima sekitar 1 hingga 5 hari bekerja. Pek Pelajar Unifi Mobile ini boleh dimohon oleh pelajar siswazah dan pascasiswazah tempatan dan luar negara.

Tinggalkan komentar