Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan perkhidmatan uni5G kini tersedia selepas ia pertama kali hadir melalui iklan acah pada minggu lepas. Untuk pelan prabayar unifi Mobile Bebas, akses ke rangkaian 5G yang ditawarkannya dalam bentuk pas data bulanan pada harga bermula dari RM35 sebulan.

Menerusi laman webnya, perkhidmatan 5G untuk pelan prabayar ini dilihat sebagai ciri tambahan (add-on). Dipromosikan sebagai pas Bulanan unifi Bebas, anda akan menerima data LTE dan 5G tanpa had untuk tempoh 30 hari.

Harga asal yang ditawarkannya adalah RM55 sebulan, namun bersempena promosi ini ia ditawarkan pada harga RM35 dan boleh didapati menerusi aplikasi unifi Mobile.unifi Mobile uni5G Bebas 5G unifi Mobile 5G uni5G Postpaid

Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan untuk unifi Mobile Postpaid dari RM59 sebulan yang turut menawarkan data 5G tanpa had, panggilan dan SMS tanpa had bersama-sama kontrak 12-bulan. Kuota data hotspot untuk pelan unifi Mobile ini bagaimanapun hanya dihadkan sebanyak 10GB untuk LTE sahaja.

Maklumat lanjut, layari https://home.unifi.com.my/mobile

Tinggalkan komentar