Pemakaian earbuds untuk satu tempoh yang panjang kadangkala boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada si pemakainya. Pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakselesaan tersebut boleh berlaku seperti rekabentuknya dan juga bahan yang digunakan untuk muncungnya.

Oleh yang demikian, Samsung mengambil maklum tentang perkara itu dan memberikan keutamaan khusus pada earbuds keluarannya paling terkini, Galaxy Buds 2 Pro. Earbuds ini dilancarkan bersama-sama telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip 4 dan Fold 4, serta siri jam tangan pintar Galaxy Watch 5 baru-baru ini.

Dari segi luarannya, Samsung Galaxy Buds 2 Pro menampilkan rekaan bekas segiempat berbucu bulat dengan kemasan matte, sama seperti yang pernah ditampilkan pada Galaxy Buds Live, Buds Pro, and Buds 2.

Seperti kesemua model-model yang dinyatakan tersebut, rekaan hebat ini berbentuk kompak dan mudah untuk dimasukkan ke dalam mana-mana kocek. Penutupnya juga mantap dan mudah untuk dibuka. Serta tempat letak earbuds yang bermagnet memudahkan anda menyimpan kembali untuk dicaskan semula.Samsung Galaxy Buds 2 Pro Malaysia Price

Kebanyakan perubahan yang dibawakan melalui Galaxy Buds 2 Pro ini adalah pada earbuds ini sendiri terutamanya dari sudut keselesaan pemakaian. Bentuk dan konturnya kini lebih mudah dimuatkan ke dalam lubang telinga dan lebih teguh serta lebih sukar untuk terkeluar apabila memakainya.

Kualiti bunyi Galaxy Buds 2 Pro

Samsung mengiklankan Galaxy Buds 2 Pro sebagai earbuds pertama yang menyokong audio 24-bit yang mampu memberikan nikmat bunyi “berkualiti studio” dan “Hi-Fi terulung” kepada pengguna.

Anda boleh menguji kualiti audio berkenaan pada platform penstriman muzik pilihan anda seperti Spotify dan pilih tetapan kualiti yang paling tinggi (320kbps). Berdasarkan apa yang saya dengar, ia mampu menangkap bunyi-bunyi gemersik latar pada muzik berkenaan yang kebiasaannya tidak begitu didengari pada sesetengah earbuds nirwayar lain.

Audio 24-bit ini kebanyakan pengguna mungkin tidak menyedarinya terutama di era platform penstriman muzik pada hari ini. Bagi penggemar muzik yang menyimpan audio berkualiti tinggi di dalam storan setempat peranti, anda mungkin lebih menghargai penambahbaikan yang terdapat pada Galaxy Buds 2 Pro ini.Samsung Galaxy Buds 2 Pro Malaysia Earbuds

Seperti kelaziman pada earbuds keluaran Samsung, anda mungkin perlu mengubah tetapan di dalam EQ kepada preset “Dynamic” untuk menyeimbangkan bunyinya. Preset ini menyediakan lebih “kedalaman” kepada audio, manakala “Standard” pula dilihat agak “mendatar” dan “Bass boost” pula agak berat hingga hampir “menenggelamkan” audionya. Pun begitu, ini terpulang kepada citarasa halwa telinga masing-masing dalam penetapan preset EQ ini.

Kualiti audio yang ditawarkan oleh Galaxy Buds 2 Pro ini mampu dimanfaatkan sebaiknya apabila digunakan bersama-sama peranti Samsung lain seperti Galaxy Z Flip 4, Galaxy S22 Ultra, Galaxy Tab S8 Ultra, Galaxy A73 5G dan sebagainya. Hal ini kerana codec Samsung hanya boleh digunakan apabila earbud Samsung ini dipadankan dengan telefon dan tablet keluaran Samsung.

Anda masih boleh menggunakannya pada mana-mana peranti yang menawarkan sokongan sambungan secara Bluetooth, cuma manfaat sepenuhnya melalui codec Samsung tidak dapat digunakan pada peranti selain dari Samsung.

Fungsi ANC pada Galaxy Buds 2 Pro

Ciri Active Noise Cancellation (ANC) pada earbuds nirwayar sememangnya tidak mampu menandingi fon kepala berwayar yang menutup keseluruhan telinga anda hingga ke cupingnya sekali. Sekali namun manfaatnya masih tetap ada dan boleh digunakan dengan baik sekali.

Galaxy Buds 2 Pro tidak terkecuali di dalam hal ini dan ia masih mampu memberikan anda kualiti audio yang baik tanpa ditenggelami dengan bunyi bising di persekitaran anda. Bunyi-bunyi hingar yang sederhana dan rendah mampu ditapis dengan baik bagi memberikan anda tumpuan yang sebaiknya terhadap audio yang sedang anda mainkan.Samsung Galaxy Buds 2 Pro Malaysia Earbuds-1

Mod transparency juga berfungsi dengan baik. Anda boleh mengaktifkannya melalui menekannya dengan lama pada earbuds anda. Fungsi ini membolehkan earbuds ini menjeda (pause) muzik atau audio yang sedang dimainkan secara automatik apabila mengesan anda sedang berbual.

Bateri Galaxy Buds 2 Pro

Dari segi ketahanan bateri, Galaxy Buds 2 Pro mampu bertahan sekitar lima jam penggunaan bersama-sama ANC atau mod Ambient diaktifkan. Ia lebih kurang sama sebagaimana yang diiklankan oleh Samsung dengan kapasiti bateri pada earbuds 61mAh dan bekas pengecasnya sebanyak 515mAh.Samsung Galaxy Buds 2 Pro Malaysia Charging Case

Bekas pengecasnya ini turut menyediakan sokongan pengecasan secara niwayar selain pengecasan secara berwayar melalui kabel USB-C. Pengecasan selama lima minit untuk earbuds ini membolehkan ia digunakan untuk selama lebih kurang 1 jam penggunaan.

Perisian dan ciri-ciri gestur

Sebagaimana yang dinyatakan tadi, Galaxy Buds 2 Pro terbaik digunakan bersama-sama telefon atau tablet Samsung. Ia bukan sekadar penggunaan codecnya, malah untuk integrasi perisiannya juga.

Ciri “Easy Pair” akan mengesan earbuds berhampiran dan secara automatik akan mengeluarkan pop-up untuk melakukan pemadanan (pairing) pada telefon atau tablet anda.

Akaun Samsung juga membolehkan anda memadankan ke telefon dan tablet Galaxy anda secara serentak dan akan menukar antara kedua-duanya secara pintar. Fungsi ini juga turut boleh digunakan pada televisyen-televisyen keluaran Samsung. Selain ciri tersebut, earbuds ini juga boleh memanfaatkan fungsi SmartThings Find jika anda tercicir atau tersalah letak Galaxy Buds 2 Pro anda.Galaxy Buds 2 Pro KV

Tetapan ANC pada earbuds ini juga boleh dikawal menerusi Galaxy Watch, selain turut boleh dikawal menggunakan paparan luaran Galaxy Z Flip 4. Anda boleh menggunakan aplikasi Galaxy Wearable pada Galaxy Z Flip 4 untuk membolehkan anda mengawal EQ, membaca notifikasi secara lantang dan juga mengakses ke Bixby.

Kawalan gestur

Secara lalai, Galaxy Buds 2 Pro menyediakan pad sentuhan (touchpad) pada kedua-dua belah earbudsnya. Satu ketikan padanya akan menjeda atau memainkan semula muzik, manakala menekannya dengan lama akan menukarkan kepada mod ANC atau ambien. Itu adalah tetapan secara lalai yang disediakannya dan anda boleh mengubahkan tetapan tersebut mengikut kesesuaian anda.

Harga Samsung Galaxy Buds 2 Pro di Malaysia

Di Malaysia, Galaxy Buds 2 Pro berharga RM899 dan mula dijual di pasaran tempatan sejak 2 September lalu bersama-sama Galaxy Z Flip 4, Z Fold 4, Galaxy Watch 5, dan Watch 5 Pro. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Graphite, White dan juga Bora Purple.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Buds 2 Pro, layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2022/?cid=my_ow_affiliate_pr_f2h22-b4q4_pre-order_po_article_nte_mass

Produk Harga Pilihan warna Percuma
Galaxy Buds2 Pro RM899 ·  Bora Purple

·  Graphite

·  White

·  One complimentary Galaxy Buds Z Flip Cover (worth RM99)

Tinggalkan komentar