iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max kini boleh dipra-tempah melalui U Mobile bermula dari 16 September 2022. Anda yang melakukan pra-tempahan iPhone 14 dari U Mobile akan menerima Apple 20W USB-C Power Adapter bernilai RM99 secara percuma selagi stok masih ada.

Anda yang membuat pra-tempahan iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan menerimanya bermula dari 23 September 2022 dan untuk iPhone 14 Plus pula pada 7 Oktober ini.

Anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone 14 boleh menikmati penjimatan mengikut kesesuaian anda melalui pakej peranti yang ditawarkan.

iPhone-14-warnaiPhone 14 pilihan anda ini juga didatangkan bersama-sama pelan tersedia 5G U Postpaid 98 yang menawarkan data berkelajuan tinggi sebanyak 100GB, data perayauan bebas bulanan 15GB dan panggilan masuk perayauan percuma dari 63 destinasi.

Kemudahan U PayLater

Menerusi U PayLater, pelanggan U Postpaid 98 boleh mendapatkan iPhone 14 baharu dengan pelan ansuran tanpa faedah 24 bulan. Berikut adalah kadar ansuran bulanan iPhone 14 dengan U PayLater:

iPhone Ansuran iPhone secara bulanan (RM)
iPhone 14 128GB 149.00
iPhone 14 256GB 168.00
iPhone 14 512GB 206.00
iPhone 14 Plus 128GB 168.00
iPhone 14 Plus 256GB 187.00
iPhone 14 Plus 512GB 224.00
iPhone 14 Pro 128GB 190.00
iPhone 14 Pro 256GB 209.00
iPhone 14 Pro 512GB 247.00
iPhone 14 Pro 1TB 285.00
iPhone 14 Pro Max 128GB 209.00
iPhone 14 Pro Max 256GB 228.00
iPhone 14 Pro Max 512GB 266.00
iPhone 14 Pro Max 1TB 304.00

Lebih penjimatan dengan U SaveMore

Melalui U SaveMore pula, anda boleh menikmati penjimatan untuk iPhone 14 baharu apabila ia didatangkan bersama-sama U Postpaid 98 untuk 24 bulan:

iPhone Harga Jualan di pasaran Harga dengan U Postpaid 98 untuk 24 bulan (RM)
iPhone 14 128GB 4,199.00 3,109.00
iPhone 14 256GB 4,699.00 3,559.00
iPhone 14 512GB 5,699.00 4,469.00
iPhone 14 Plus 128GB 4,699.00 3,559.00
iPhone 14 Plus 256GB 5,199.00 4,019.00
iPhone 14 Plus 512GB 6,199.00 4,929.00
iPhone 14 Pro 128GB 5,299.00 4,109.00
iPhone 14 Pro 256GB 5,799.00 4,559.00
iPhone 14 Pro 512GB 6,799.00 5,469.00
iPhone 14 Pro 1TB 7,799.00 6,379.00
iPhone 14 Pro Max 128GB 5,799.00 4,559.00
iPhone 14 Pro Max 256GB 6,299.00 5,019.00
iPhone 14 Pro Max 512GB 7,299.00 5,929.00
iPhone 14 Pro Max 1TB 8,299.00 6,839.00

Maklumat lanjut, layari https://www.u.com.my

Tinggalkan komentar