Huruf-huruf yang dilabelkan pada partition pemacu (drive) sememangnya sudah lama digunakan pada sistem komputer dan ianya wujud sebelum era kemunculan komputer peribadi mula digunakan secara meluas.
Huruf-huruf yang digunakan untuk melabelkan pemacu-pemacu yang dipasang pada sistem komputer sebenarnya boleh diubah, namun ia mempunyai risikonya tersendiri jika pengguna gatal-gatal tangan mengubahnya
Misalnya, jika anda melakukan pemasangan perisian pada partition D: – sebaik anda mengubah namanya kepada F: kesemua perisian-perisian yang ditempatkan di partition berkenaan tidak boleh berfungsi. Atas sebab itu, Windows akan memberikan peringatan kepada pengguna jika ingin mengubah huruf pemacu.
Masalahnya timbul bila Windows dan program-program lain menjangkakan fail-fail tertentu ditempatkan pada lokasinya yang telah ditetapkan. Sebagai contoh jika Microsoft Word menjangkakan boleh mendapatkan fail template .dotx yang pada asalnya di lokasi D:\AbangKekanda\AppData\Roaming\Microsoft\Templates, tetapi tidak menjumpainya kerana telah diubah kepada F:\AbangKekanda\AppData\Roaming\Microsoft\Templates.
Kalau ubahkan C: lagi jahanam. Windows sendiri pun tak boleh nak carikan dirinya sendiri.
Tapi, ada sesetengah pemacu yang anda boleh ubah sesuka hati anda seperti partition yang mengandungi fail-fail data yang kita jarang gunakan. Begitu juga pemacu storan luaran yang boleh diubah tanpa timbul sebarang masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.
Bagi anda yang ingin mengubahkan huruf-huruf partition pemacu komputer anda, anda boleh mendapatkannya pada program Disk Management. Klik kanan pada partition yang anda ingin ubahkan dan pilih pada menu Change Drive Letter and Paths.
Kemudian, pada paparan seterusnya klik Change dan pilih huruf-huruf yang boleh diperoleh, seterusnya klik OK.
Kesimpulan
Huruf-huruf pada partition ini amat penting sebagai label untuk menandakan lokasi bagi sesebuah fail dan juga bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara aplikasi-aplikasi di dalam sesebuah komputer.













