Touch N Go sedang merancang untuk memperkenalkan sistem pembayaran e-dompet baru yang berdasarkan teknologi dari Alipay. Perkhidmatan ini akan dikembangkan seluas mungkin hingga merangkumi pelbagai lapisan peniaga termasuk peniaga-peniaga di pasar dan warung-warung.

Pihak The Star melaporkan sistem e-dompet Touch N Go berkenaan buat masa ini sedang menjalani proses penilaian sebelum ianya dilancarkan untuk kegunaan orang ramai. Oleh yang demikian, tidak banyak maklumat yang dapat diketahui berkenaan sistem tersebut.

Touch N Go merupakan sistem pembayaran elektronik yang paling meluas digunakan di Malaysia sungguhpun ianya lebih popular digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan pembayaran di plaza-plaza tol di seluruh negara. Melalui sistem yang dimanfaatkan dari Alipay ini nanti, dijangkakan Touch N Go akan digunakan dengan lebih meluas lagi.

Alipay merupakan bahagian kewangan Alibaba Group yang pada masa ini sedang giat menjalinkan kerjasama erat dengan Malaysia. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jack Ma telah dilantik sebagai penasihat khas Kerajaan Malaysia dan pihaknya telah mengumumkan untuk membangunkan hab serantau di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar