TM baru-baru ini telah menyerahkan pelan tindakannya dalam menangani isu yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan Steamyx. Antara langkah yang diambil termasuklah mengurangkan harga langganan bulanan bagi pakej-pakej Streamyx.

Didedahkan bersempena program Jelajah Kembara Digital Malaysia di Ipoh, pengurangan harga ini diperkenalkan melalui pakej-pakej baru yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan sehingga 8Mbps pada kadar RM89 sebulan. Pakej ini turut disediakan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada Steamyx pada harga RM69 sebulan.

Sebagai perbandingan, pakej Streamyx 1Mbps sebelum ini ditetapkan pada harga RM110 sebulan, manakala pakej 2Mbps, 4Mbps, dan 8Mbps pula ditawarkan masing-masing RM 130, RM 140, dan RM 160.

TM turut mendedahkan pihaknya akan melancarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar bagi menyokong pelanggan-pelanggan Streamyx, dengan pada masa yang sama memperkenalkan teknologi terkini untuk menyampaikan perkhidmatannya. Pihak TM dijangka akan mendedahkan perincian penambahbaikan di bawah program #khabarbaik ini dalam jangka masa terdekat.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar