Dilancarkan sejak Ogos tahun lalu, pakej internet Unifi berharga bajet pada harga paling rendah, Unifi Basic kini menawarkan kelajuan selepas kehausan kuota pada kadar 512kbps. Sebelum ini, pakej yang menawarkan kuota 60GB pada harga RM79 ini telah menetapkan kelajuan selepas kehabisan kuota pada 128kbps.

Selain itu, TM turut menyediakan pilihan untuk penggunanya membeli tambahan kuota tanpa perlu menunggu sehingga bulan berikutnya untuk menikmati internet berkelajuan penuh.

Berdasarkan dokumen soalan-soalan lazim yang disediakan, pengguna boleh membuat pembelian nilai tambah ini pada bila-bila masa dan ianya sah digunakan dalam satu kitaran pengebilan semasa.

Sumber berita diperoleh dari Unifi

Tinggalkan komentar